Monday 31 October 2016

Walaupun Tersingkir di Minggu ke-3, Rem Tetap Berbangga



Minggu ke-3 Gegar Vaganza menyaksikan seorang lagi peserta disingkir keluar daripada pertandingan nyanyian yang menghimpunkan penyanyi berpengalaman dalam industri hiburan tanah air.


Dengan Tema Ada Bran, peserta diuji dengan membawa lagu yang lari dari kebiasaan mereka nyanyikan.


Rezeki tidak berpihak kepada penyanyi bersuara serak basah, Rem apabila tersingkir di minggu ke-3 dengan mendendangkan lagu irama tradisional popular iaitu Penawar Rindu.


"Saya tidak menjangka saya akan terkeluar. Saya sudah buat yang terbaik dalam persembahan kali ini. Saya redha dengan apa yang berlaku," kata beliau.


Dalam perkembangan terbaru, Rem bakal muncul dengan single terbaru tidak lama lagi.


"Insya-Allah, selepas ini saya akan muncul dengan single terbaru. Saya sudah merakamkan lagu tersebut sebelum menyertai GV 3 lagi. 


Lagu berjudul Sinar Kasih itu merupakan ciptaan oleh Anwar Razak dan liriknya merupakan hasil karya saya," katanya lagi.


Konsert minggu keempat GV 3 bakal membawa tema DuetVaganza dan 10 bintang masih kekal berentap untuk merebut gelaran juara.



EmoticonEmoticon